Berita
[ April 7, 2021 by fairu 0 Comments ]

Akim Ahmad Jadi Vokalis Kumpulan Search?

Kumpulan rock legenda, Search, bakal mengadakan konsert Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada 10 April ini, jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka.

Menariknya, persembahan itu menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din (gitar), Kid (gitar), Pae (dram) dan Galang (bassist) bersama penyanyi Akim Ahmad.

Gitaris Search, Din berkata walaupun tanpa ketiadaan penyanyi utama, Amy Search, kumpulan tersebut akan terus berkarya demi peminat.

“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami nak pengakhiran yang baik. Jadi, walaupun tanpa adanya Abang Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayang band ini. Ke mana saja pergi orang tanya mengenai Search

“Jadi, ini persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Persembahan ini sangat penting, kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Abang Amy dan Nasir”.

Tiket dijual pada harga RM100 dan pembeli tiket berpeluang untuk menghadiri sesi ‘meet & greet’ pada 10 April, jam 5.30 petang.

Persembahan berdurasi  selama sejam itu bakal menyaksikan Search X Akim mempersembahkan lagu popular Search.

Rockology Malaysian Tour 2021 bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu di Kuala Lumpur (Jun), Perak (Julai), Penang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Sumber: https://www.xtra.com.my/trending/adakan-konsert-akim-ahmad-jadi-vokalis-kumpulan-search/

Berita
[ April 7, 2021 by fairu 0 Comments ]

Akim Ahmad anggota baharu kumpulan Search?

Pengunduran Amy sebagai vokalis kumpulan rock legenda, Search, Mac tahun lalu, tidak mematahkan semangat band itu untuk meneruskan perjuangan dunia seni.

Terbaharu, band itu bakal membuat persembahan pemanas badan atau ‘warm up showcase’ iaitu Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, pukul 9 malam di Waronk Avenue, Melaka.

Menariknya, persembahan itu menampilkan kolaborasi Search yang diwakili oleh Din (gitar), Kid (gitar), Pae (dram) dan Galang (bassist) bersama penyanyi Akim Ahmad.

Biarpun tanpa kehadiran Amy yang dianggap antara tunjang utama kumpulan itu, namun nama dan legasi Search tidak pernah mati.

Dalam pada itu, ketiadaan Nasir selaku gitar bass Search pada persembahan ini disebabkan kesibukkannya menjalankan perniagaan baharu. Walau bagaimanapun dia hanya akan terbabit pada persembahan akan datang.

Sementara itu, Din yang mewakili Search berkata, dia berharap peminat akan terus menerima kehadiran dan memberikan sokongan pada setiap persembahan membabitkan Search selepas ini.

“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami nak pengakhiran yang baik. Jadi, walaupun tanpa Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayang band ini…ke mana saja pergi, orang tanya mengenai Search.

“Jadi, persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Persembahan ini sangat penting, kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa dua anggota kami iaitu Amy dan Nasir.

“Bagi saya, Amy tak ada ganti. Cuma, saya perlu ‘move on’ untuk teruskan legasi Search. Sebab peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya.

rockology tour

Ditanya mengenai pemilihan Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Din berkata pemilihan dibuat bersama pasukan produksi.

“Kami terlebih dahulu buat perbincangan dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Selepas penilaian, suara ramai memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.

“Cuma, kalau ditanya secara peribadi, pilihan pertama saya adalah Akim. Bagi saya, dia ada karisma tersendiri selain kredibiliti dimiliki yang mana dia boleh buat lagu. Pendek kata dia ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami. Cuma, jangan bandingkan dengan Amy,” ulasnya.

Sementara itu, Akim berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan bersama band legenda itu.

“Saya terharu dan teruja apabila dipilih untuk bersama-sama menjayakan persembahan ini. Diakui, Search memang idola saya dari dahulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama, ia satu penghargaan buat saya.

“Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan ada buat kami,” tuturnya.

Lokasi persembahan boleh memuatkan 100 penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Tiket dijual pada harga RM100 dan pembeli tiket berpeluang untuk menghadiri sesi ‘meet & greet’ pada pukul 5.30 petang hari yang sama.

Persembahan berdurasi selama sejam itu bakal menyaksikan Search X Akim mempersembahkan seleksi lagu-lagu popular Search yang malar segar.

Difahamkan Rockology Malaysian Tour 2021 bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu di Kuala Lumpur (Jun), Perak (Julai), Penang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Sumber: https://utusantv.com/2021/04/06/akim-ahmad-anggota-baharu-kumpulan-search-siap-anjur-konsert-jelajah/

Berita
[ April 7, 2021 by fairu 0 Comments ]

Akim jadi ‘pengganti’ Amy untuk Search

Biarpun tanpa kehadiran Amy yang dianggap antara tulang belakang Search, namun nama dan legasi kumpulan rock legenda itu diyakini tidak akan mati.

Pengunduran Amy sebagai vokalis Mac tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangat kugiran berkenaan itu untuk meneruskan perjuangan dalam dunia seni.

Terbaru, band itu bakal membuat persembahan ‘pemanas badan’ Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung jam 9 malam di Waronk Avenue, Melaka pada 10 April ini.

Namun, Search kali ini tampil sedikit berbeza apabila ia menampilkan Akim Ahmad bagi menggantikan tempat Amy.

Bercakap mewakili Search, Din berkata, dia berharap peminat kumpulan itu akan terus dapat menerima kehadiran mereka dan memberikan sokongan padu dalam setiap persembahan selepas ini.

“Muzik adalah kerjaya dan minat kami. Search mahu pengakhiran yang baik. Jadi, walaupun tanpa Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayang band ini.

“Ke mana saja pergi orang akan tanya mengenai Search.

“Justeru kami harap Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim dapat mengubat rindu peminat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dapat persetujuan bersama

Din juga memberitahu persembahan berkenaan dianggap sangat penting kerana ia menjadi titik mula buat band itu kembali memeriahkan persada seni suara.

“Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Amy dan Nasir,” katanya.

Bagi Din, Search berasa memang tiada pengganti buat Amy – atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman – namun demi meneruskan legasi mereka masih perlu meneruskan perjuangan.

“Tiada pengganti Amy. Cuma, saya perlu move on (melangkah ke depan) untuk teruskan legasi Search, sebab peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya.

Menariknya, selain Akim persembahan di Melaka itu menampilkan kolaborasi Din sebagai pemain gitar bersama Kid selain Pae (dram) dan Galang (bassist).

Difahamkan ketiadaan Nasir selaku gitar bass Search pada persembahan ini tidak dapat dielakkan kerana dia sedang sibuk menjalankan perniagaan baru.

Nasir hanya akan terbabit pada persembahan akan datang.

Ditanya mengenai pemilihan Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Din berkata ia dipersetujui secara bersama oleh pasukan produksi.

“Kami terlebih dulu buat perbincangan dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek.

“Selepas penilaian, suara ramai memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.

“Cuma, kalau ditanya secara peribadi, pilihan pertama saya adalah Akim,” katanya.

Bagi Din, Akim mempunyai karisma tersendiri selain memiliki kredibiliti mencipta lagu.

“Pendek kata dia ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami. Cuma, jangan bandingkan Akim dengan Amy,” katanya.

Sementara itu, Akim berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan bersama band legenda berkenaan.

“Saya terharu dan teruja apabila dipilih untuk bersama-sama menjayakan persembahan ini.

“Search memang idola saya dari dulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama, ia satu penghargaan buat saya.

“Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan ada buat kami,” katanya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/hiburan/569800

Berita
[ April 7, 2021 by fairu 0 Comments ]

Akim teruja dapat bersama Search

Kuala Lumpur: Penyanyi popular Akim Ahmad mengakui dia memikul tanggungjawab berat apabila dipilih menjadi penyanyi kumpulan rock legenda Search dalam persembahan istimewa Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim di Waronk Avenue, Melaka, Sabtu ini.

Akim, 30, yang juga penyanyi The Majistret berkata, dia gementar dan dalam masa teruja untuk tampil membuat persembahan bersama kumpulan rock pujaan ramai itu.

“Antara sebab utama terima tawaran ini adalah kerana tanggungjawab. Sudah tentu saya berasa satu penghargaan selain berasa gementar dan teruja untuk pikul tanggungjawab ini.

“Search adalah nama besar dan sudah seperti khazanah negara dalam sejarah industri muzik tanah air. Sumbangan mereka sangat besar dan apabila anggota Search memberikan tugasan ini, ia satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama dengan jenama Search itu sendiri.

“Sebagai orang yang membesar dengan lagu Search, ini adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup. Malah, anggota kumpulan The Majistret juga menyokong saya supaya menerima tawaran Search itu,” katanya.

Dalam persembahan bermula jam 9 malam itu, Akim akan bergabung bersama pemain gitar Search iaitu Din dan Kid. Mereka juga disertai pemain dram, Pae yang juga pemuzik undangan Search sejak beberapa tahun lalu dan Galang sebagai pemain bass.

Bagaimanapun, persembahan itu tidak akan disertai pemain bass, Nasir yang terikat dengan komitmen perniagaan barunya.

Nasir hanya akan terbabit dalam persembahan lain yang akan datang.

Dalam pada itu, Akim berharap peminat Search dapat hadir dan memberikan sokongan kerana persembahan itu adalah permulaan kepada persembahan lain yang bakal dijayakan di beberapa lokasi lagi. “Harapan saya agar semua dapat datang. Mungkin bagi mereka yang merindukan bunyi-bunyian gitar daripada abang Din dan Kid, mereka boleh datang ke persembahan ini.

“Ini adalah permulaan kepada persembahan lain sepanjang tahun ini. Mereka ada banyak perancangan lagi. Jadi, kena datang dan memberikan sokongan,” katanya.

Tiket dijual pada harga RM100 dan pembeli tiket berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra Sabtu ini jam 5.30 petang.

Persembahan berdurasi satu jam itu bakal menyaksikan Search X Akim mempersembahkan lagu popular Search.

Selain Melaka, Rockology Malaysian Tour 2021 juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Kuala Lumpur pada Jun ini, Perak (Julai), Pulau Pinang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/2021/04/692198/akim-teruja-dapat-bersama-search

Berita
[ April 6, 2021 by fairu 0 Comments ]

Rockology Malaysian Tour 2021 : Akim anggota baru Search?

Setelah cubaan untuk mementaskan konsert Apologia Search dan Awie pada tahun lalu gagal akibat pandemik Covid-19, Search kembali membuat kejutan baharu dengan menjemput Akim sebagai vokalis undangan dalam siri pertama Rockology Malaysian Tour 2021 Waronk Avenue, Bandar Melaka Ia akan berlangsung pada 10 April 2021 bertempat di Waronk Avenue, Bandar Melaka.

Biarpun tanpa kehadiran Amy yang dianggap antara tunjang utama kumpulan itu, namun nama dan legasi Search tidak pernah mati.

Barisan anggota kali ini akan melibatkan Kid dan Din di posisi gitar, Pae sebagai pemain dram, Galang sebagai pemain bass dan Akim sebagai penyanyi utama.

Memetik laporan Musicaddicts.my ketiadaan Nasir selaku pemain bass Search pada persembahan ini adalah disebabkan dia sedang sibuk menguruskan perniagaan baharu. Dia hanya akan terlibat pada persembahan akan datang.

Din yang mewakili Search berkata, dia berharap peminat akan terus menerima kehadiran dan memberikan sokongan pada setiap persembahan membabitkan Search selepas ini.

“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami nak pengakhiran yang baik. Jadi, walaupun tanpa adanya Abang Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayang band ini. Ke mana saja pergi orang tanya mengenai

“Jadi, ini persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Persembahan ini sangat penting, kerana ia permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Abang Amy dan Nasir.

“Bagi saya, Abang Amy tak ada ganti. Cuma, saya perlu move on untuk teruskan legasi Search. Sebab peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Din berkata pemilihan dibuat bersama pasukan produksi.

“Kami terlebih dahulu buat perbincangan dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Selepas penilaian, suara ramai memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.

“Cuma, kalau ditanya secara peribadi, pilihan pertama saya adalah Akim. Bagi saya, dia ada karisma tersendiri selain kredibiliti dimiliki yang mana dia boleh buat lagu. Pendek kata dia ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami. Cuma, jangan bandingkan dengan Amy,” katanya.

Sementara itu, Akim berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan bersama band legenda itu.

“Saya terharu dan teruja apabila dipilih untuk bersama-sama menjayakan persembahan ini. Diakui, Search memang idola saya dari dahulu lagi. Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama, ia satu penghargaan buat saya.

“Insya Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan ada buat kami,” katanya.

Bagi penganjur Playmad Sdn Bhd, Abdul Rasyid Rahman atau dikenali sebagai Acid, persembahan itu sesuatu yang istimewa biarpun dirancang dalam tempoh yang singkat.

“Idea untuk membuat persembahan ini tercetus selepas saya menonton temu bual DJ Isma Halil Hmazah bersama Abang Din dari Search secara langsung di Facebook. Berdasarkan sambutan diberikan, saya yakin Search masih ada aura tersendiri.

“Jadi, saya terus menghubungi Abang Din untuk mengajaknya datang ke Melaka bagi mendengar cadangan saya. Malah, saya membawanya untuk melihat ruang acara di Waronk Avenue.

“Alhamdulillah, perbincangan bersama Search selesai dan mereka bersetuju. Selepas berbincang dengan anggota Search yang lain, Abang Din menghubungi pihak pengurusan Akim untuk mendapatkan khidmat Akim sebagai penyanyi bagi menjayakan persembagan ini. Alhamdulillah, respons yang baik diterima daripada pihak Akim,” katanya.

Menurut Acid, jawapan persetujuan yang diberikan Akim membuatkan pihaknya teruja dalam menjayakan persembahan itu.

Lokasi persembahan tersebut boleh memuatkan 100 penonton berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tiket dijual pada harga RM100 dan pembeli tiket berpeluang untuk menghadiri sesi ‘meet & greet’ pada 10 April, jam 5.30 petang.

Sumber: https://www.themalayapost.my/akim-anggota-baru-search/