ROCKOLOGY
[Mengenai Rockology]
Selamat Datang ke Rockology Search

Rockology datang dari idea Din, bagi menggerakkan legasi SEARCH yang kian terbatas pergerakan nya disebabkan pengunduran Amy sebagai penyanyi utama kumpulan SEARCH dan Pandemik Covid 19 yang telah merencatkan banyak perancangan untuk tahun 2020.

Selain dari muzik, Din juga menegaskan, SEARCH akan mengkomersilkan jenama ini dalam pelbagai sudut perniagaan dan komersial serta tidak terikat kepada satu arah sahaja seiring dengan perjalanan seni Search selama 40 tahun dlm industri muzik tempatan.

SEARCH adalah satu Institusi dan rujukan kepada penggiat seni dan masyarakat. Dengan itu timbul la idea Rockology Search. Projek ini boleh diibarat Muzik, Kronologi & Identiti.

Dengan gabungan team produksi yg berpengalaman di balik tabir SEARCH, Din yakin untuk mengepelai legasi ini seiring dengan pengalaman yang beliau ada.

TIKET
Dapatkan Tiket Anda Sekarang!

Dapatkan tiket untuk anda menonton Search X Akim secara live streaming disini.